Friday, August 28, 2009

TIDAK ada yang berubah dalam diri Frederic Kanoute. Pemain bola sepak asal Mali yang kini bersama Kelab Menengah Liga Spanyol Sevilla ini menjalani bulan Ramadhan tahun ini sama dengan tahun-tahun sebelumnya. Ia tetap melaksanakan ibadah puasa.
Bulan Ramadhan tahun ini bertepatan dengan perlawanan Liga Bolasepak Sepanyol 2009-2010. Selama bulan Ramadhan, Sevilla akan menghadapi tiga pertandingan liga iaitu melawan Valencia, Real Zaragoza, dan Real Osasuna. Untuk tiga pertandingan itu, Kanoute tetap akan bermain, tanpa buka puasa.

“Saya hormati agama saya sungguh-sungguh.” Ujarnya pada Reuters dan Goal.com. “Saya tidak akan mengecewakan kelab dan penyokong kelab ini. Dengan menjalani ibadah puasa, saya merasa se makin sehat dan kuat. Puasa tidak melemahkan orang Islam.”

Menurut Kanoute, ia sangat bersyukur kepada Allah, kerana suasana masa ini kelab dan rakan-rakan temannya sangat memahami dirinya,. "Memang terkadang berat untuk berpuasa. Sebab keadaan cuaca di Sepanyol bahagian selatan sangatlah panas. Namun, saya bersyukur kepada Allah kerana saya mampu menjalani puasa," ujar Kanoute.

Kanoute adalah pemain bola sepak Muslim yang terkenal selalu menjalani ibadah sebagai orang Islam, di manapun dia berada. Dia sudah terbiasa melakukan solat ketika pertandingan di ruang ganti. Dia juga menolak memakai jersi pasukan dari penaja judi, dan pihak Kelab Sevilla menghormatinya, dia memakai pakaian seragam sendiri yang disediakan oleh kelabnya.

Tahun 2007, Kanoute menyelamatkan sebuah masjid di Sepanyol selatan kerana terancam akan ditutup akibat tidak cukup dana. Dia menyerahkan sekitar 510,860 euro. Beliau juga mendirikan yayasan membantu anak-anak yatim piatu di negaranya, Mali.

Beritanya...

'PEMAIN bola sepak FC Seville, Sepanyol, Frederic Kanoute, 30, yang dianggap sebagai umat ISLAM yang warak telah membeli sebuah masjid berharga lebih AS$700,000( kira-kira RM 2.3 juta ).
Masjid yang terletak di kota Seville, Sepanyol itu hampir dilelong setelah kontrak untuk menggunakan premis itu oleh masyarakat ISLAM di situ telah tamat.

Kebanyakan penduduk di Seville adalah pendatang umat ISLAM dari utara dan barat Afrika, demikian menurut sumber intenet. Pihak berkuasa tempatan mengesahkan hartanah itu telah didaftarkan atas nama Kanoute. Harganya sama dengan setahun dari hasil pendapatan Kanoute. Kanoute memeluk ISLAM sejak 10 tahun lalu.

Salam Ramadhan untuk Semua...



Ana mewakili abi ana Asmawari bin Abdul Mannaf ( Ketua Unit Amal Lembah Pantai )mengucapkan salam ramadhan buat semua tidak kira parti mana. Hehhehehhee, moga ramadhan kali ini menjadi sesuatu yang bermakna bagi kita umat islam di Malaysia. Ana juga mengucapkan salam kemerdekaan buat seluruh rakyat Malaysia.Semoga tarikh kemerdekaan yang jatuh pada bulan yang penuh barakah ini memberikan keberkatan kepada seluruh warga Malaysia.

Wednesday, August 26, 2009

Kalam Pertama

Assalamualaikum kepada semua blogger...

Syukur ke hadrat ilahi,pada tanggal 5 ramadhan saya menaip kalam pertama di ruangan blog saya.Jadi mari kita bermuhasabah diri kita sempena di bulan ramadhan yang penuh barakah, adakah kita menyambut bulan ini dengan sebaiknya?

Rasulullah S.A.W pernah mengatakan bahawa di kalangan umat nabi ini terdapat tiga golongan yang celaka iaitu :

1. Orang yang tidak menyahut atau berselawat ke atas nabi apabila disebut Rasulullah Sallallahualaihiwasallam.
2. Orang yang suka membuang sampah di merata- rata tempat ataupun meludah sesuka hati.
3. Orang yang tidak diampunkan dosanya dan dia tidak memohon ampun kepada Allah pada bulan Ramadhan.

Jadi kita renungkan amalan kita pada bulan ramadhan ni.

RAMADHAN KARIM, ALLAH AKRAM